Silap lapor Bernama tentang Rosmah, MP desak Alias mohon maaf

Silap lapor Bernama tentang Rosmah, MP desak Alias mohon maaf

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Selepas Bernama telah bertindak menyalahkan naib-presiden Malaysian National Commission for Unesco, Datuk Seri Alias Ahmad berkaitan anugerah ‘Lead by Example’ oleh Unesco untuk Datin Seri Rosmah Mansor, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mendesak Alias supaya memeohon maaf.

“Alias mesti memohon maaf, tidak kira lah sama ada ia satu pembohongan ataupun kesilapan.

“Beliau juga wajar digugurkan daripada Unesco Malaysia kerana telah menyalahgunakan nama Unesco tanpa sebarang penjelasan.

“Alias juga wajar dipindahkan atau diturunkan pangkat daripada jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan kerana tidak ada mana-mana guru atau murid yang akan dapat menerima hakikat kemungkinan mempunyai seorang kaki bodek bertanggungjawab ke atas sistem pendidikan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bernama telah bertindak menyalahkan naib-presiden Malaysian National Commission for Unesco, Datuk Seri Alias Ahmad yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan atas kesilapan laporan berita berkaitan anugerah ‘Lead by Example’ oleh Unesco untuk Datin Seri Rosmah Mansor. Bernama tidak pula menyiarkan ralat terhadap laporan tersebut.

“Alias belum membuat sebarang klarifikasi berkenaan kesilapan ini yang turut dilaporkan oleh media asing termasuk New York Times,” katanya.

Menurutnya, hanya ada dua kemungkinan kenapa Alias telah membuat kenyataan salah kepada Bernama.

“Pertama, beliau mungkin benar-benar telah tersilap apabila mempercayai bahawa anugerah tersebut adalah daripada Unesco. Namun beliau atau mana-mana jabatan kerajaan tidak pun memohon maaf mahupun menjelaskan kesilapan tersebut kepada orang ramai.

“Ini membawa kepada kemungkinan kedua, bahawa Alias dengan sengaja telah mereka-reka cerita, dengan tujuan supaya beliau disenangi oleh ‘Wanita Pertama’ tersebut dan juga suaminya.

“Mungkin beliau berfikir bahawa tidak ada sesiapa yang akan mengesyaki kenyataannya itu kerana beliau bercakap sebagai naib-presiden Unesco Malaysia.

Apa pun beliau bertegas bahawa Alias mesti memohon maaf, tidak kira lah sama ada ia satu pembohongan ataupun kesilapan.

“Beliau juga wajar digugurkan daripada Unesco Malaysia kerana telah menyalahgunakan nama Unesco tanpa sebarang penjelasan.

“Alias juga wajar dipindahkan atau diturunkan pangkat daripada jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan kerana tidak ada mana-mana guru atau murid yang akan dapat menerima hakikat kemungkinan mempunyai seorang kaki bodek bertanggungjawab ke atas sistem pendidikan negara,” katanya

Jawatankuasa Antiquities Coalition katanya, telah menjelaskan sebab kenapa anugerah Rosmah dibatalkan ekoran sumber kewangan Permata.

“Pihak kerajaan, pendana utama dan Rosmah sendiri sebagai penaung Permata mesti memberi penjelasan secara terperinci tentang sumber kewangan badan tersebut serta bagaimana ia dibelanjakan.

“Adakah Permata menerima sebarang sumbangan daripada syarikat 1MDB atau mana-mana anak syarikatnya?, soal beliau.

TAGS