Singa mengaum kuat namun buaya setenang air, kata Presiden Pas

Singa mengaum kuat namun buaya setenang air, kata Presiden Pas

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mengulas keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat di lidah rasmi Pas, Harakahdaily, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dua calon yang bertanding bagi merebut jawatan itu sebagai tidak mempunyai perbezaan.

Menurut beliau, Hillary Clinton (Parti Demokrat) dan Donald Trump (Parti Republikan) berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel namun dengan pendekatan yang berbeza.

“Perbandingannya laksana buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Perbezaan singa mengaum dengan kuat, nyata dan menerpa secara terbuka di lapangan. Adapun buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan disangka tiada buaya,” ujarnya.   

Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan demokrasi Barat kini bercelaru kerana disebabkan oleh tidak beriman dan hilangnya sifat budiman dalam pemilihan kepimpinan.  

Tiga faktor penting yang menjadi rukun manipulasi pemilihan, jelasnya adalah 3M (machinery/jentera; media dan money/wang).

Tiga faktor ini juga, tambah beliau dikuasai bangsa Yahudi.

Beliau juga berpendapat Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat dengan politik wang yang mempengaruhi jentera dan media.

“Siapa paling kaya dan hebat Zionisnya dipilih dalam pilihan raya di Amerika. Apabila dicampur wang dan Zionisnya maka sangat kuat sumbangan mempengaruhi politik terkini, apabila akal berada di perut dan apabila yang tinggi ilmunya dapat diperkudakan,” katanya.

TAGS