Siti Nurhaliza bakal timang bayi perempuan

Doakan kandungan Siti selamat dan melahirkan bayi perempuan yang sihat dan sejahtera.

Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menerima menimang cahaya mata perempuan, kata beliau dalam intagram beliau yang kini mengandung bulan ke tujuh.

Beliau membuat pengumuman itu sempena sambutan ulangtahun kelahiran ke-39 beliau dalam bentuk video di laman Instagram @ctdk.

“Hadiah paling bermakna sekali adalah zuriat yang bakal dilahirkan bulan Mac nanti, jadi Siti nak kongsikan sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan, doktor sahkan anak kami adalah ‘puteri’.

“Doakan zuriat kami sihat dan menjadi anak solehah. Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua dan semoga semuanya selamat,” katanya di laman Instagram beliau.

Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan terkemuka, Mohd Khalid pada tanggal 21 Ogos 2006 dan selepas 11 tahun beliau menerima berita gembira apabila disahkan hamil.

Manakala, sempena ulang tahun kelahirannya semalam, beberapa stesen radio mendedikasikan slot khas bagi menghargai penyanyi tersohor itu.

Siti menerusi Instagram memberitahu terharu dengan tindakan stesen radio mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahirannya.

CATEGORIES
TAGS