Solidariti Baitulmaqdis di kedutaan AS esok

Solidariti Baitulmaqdis di kedutaan AS esok

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dewan Pemuda Pas Malaysia mengajak seluruh umat Islam untuk turun menyatakan solidariti ummah yang akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikatpada jam 2 petang selepas solat Jumaat esok.

Solidariti ummah ini adalah tentangan terhadap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang dilaporkan media asing akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Ketua Dewan Pemudanya Muhammad Khalid Abdul Hadi berkata, Bagi umat Islam ianya adalah satu pengisytiharan paling biadap yang bakal mengundang kebangkitan ummah untuk membebaskan Baitulmaqdis dari tangan Zionis Yahudi.

“Seluruh dunia menyaksikan Donald Trump telah mengumumkan Baitul Maqdis adalah ibu negara kepada Israel,” ujarnya dalam kenyataan.

Himpunan pada esok dijangka akan diketuai oleh Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dikatakan sedang bersiap sedia mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Baitulmaqdis dilihat kekal menjadi inti pati kepada konflik Israel-Palestin.

Semasa pemilihannya sebagai Presiden, Trump berjanji untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Menteri Luar Palestin, Riad al-Maliki pada Ahad menggesa Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS