Solidariti bantah penahanan Orang Asli di IPD Gua Musang malam ini

Solidariti bantah penahanan Orang Asli di IPD Gua Musang malam ini

Rakyat diminta berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang jam 8 malam ini bagi memberikan sokongan kepada 32 Orang Asli yang ditahan dalam kejadian menghalang operasi balak kerajaan negeri Kelantan sejak pagi tadi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Rakyat diminta berkumpul di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang jam 8 malam ini bagi memberikan sokongan kepada 32 Orang Asli yang ditahan dalam kejadian menghalang operasi balak kerajaan negeri Kelantan sejak pagi tadi.

Setiausah Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan,Mustaafa Along antara yang ditahan bersama 14 lagi.

Menurut sumber diperoleh sejak awal pagi tadi jumlah tangkapan keseluruhan seramai 32 orang sehingga jam 4.30 petang ini.

Antara nama-nama yang berjaya diperolehi setakat ini seramai sembilan orang iaitu:

1.Azmi bin Badul
2.Ayel bin Ajib
3.Majid bin Along
4.Yusmab bin Andok
5.Alang bin Along
6.Arif bin Pandak
7.Angah bin Tegau
8.Radi bin Uda
9. Manglo bin Tegau

Menurut sumber kerajaan bertindak zalin dengan mengenepikan pemintaan orang Asli untuk berunding dengan Kerajaan.

“Sampai guna kuasa untuk tangkap mereka.

“Mereka cuma minta Pembalakan di kawasan mereka dihentikan, dan berikan mereka tanah adat.

“Ayuh nyatakan Solidariti Untuk Mereka Orang Asli dengan berkumpul beramai ramai di luar IPD Gua Musang, 9.00 malam ini nyatakan sokongan kita.” ujarnya.

Kesemua mereka yang ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di blocked Simpang Petei itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Artikel Berkaitan : Kerajaan roboh halangan, 18 Orang Asli  pertahan hak ditangkap

TAGS