SPRM digesa siasat kemewahan dimiliki AMK Cabang Ampang

SPRM digesa siasat kemewahan dimiliki AMK Cabang Ampang

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta melakukan siasatan ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo yang membuat laporan di Pejabat SPRM  hari ini, berkata kekayaan dimiliki Adam adalah ‘sesuatu yang memeranjatkan’ memandangkan beliau baru berusia 28 tahun.

“Saya minta SPRM siasat… segala bukti berhubung kekayaan Adam juga telah dilampirkan seperti gambar rumah dan pelbagai jenis kereta mewah seperti Audi, Vellfire, Mercedes dan BMW,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ismail berkata selepas ini beliau juga akan membuat laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung kekayaan Adam.

Menurutnya, beliau juga telah membuat laporan polis pada Ahad lalu mengenai siri jelajah Bersih 5.0 yang telah mengganggu keharmonian di kawasan Ampang.

TAGS