SPRM rujuk keputusan  Peguam Negara  kepada PPO

SPRM rujuk keputusan Peguam Negara kepada PPO

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dirujuk kepada Panel Penilaian Operasi (PPO).

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan tersebut dicapai menerusi satu mesyuarat khas Pengurusan Tertinggi SPRM hari ini.

“PPO, merupakan salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik. Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.

“PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee,” kata SPRM dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam  Peguam Negara berkata perdana menteri mengembalikan semula wang sejumlah US$620 juta (RM2.03 bilion) kepada keluarga diraja Arab Saudi dalam bulan Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.

Berhubung perkara itu juga, Apandi berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan memandangkan tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion itu.

Berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International, Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

TAGS