Srikandi PPBM rasmi lantik jawatankuasa sayap hari ini

Srikandi PPBM rasmi lantik jawatankuasa sayap hari ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa sayap parti itu hari ini.

Ketua Srikandi PPBM, Anina Saadudin berkata, pelantikan rasmi empat jawatankuasa penggerak utama sayap telah mendapat pengesahan daripada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka yang disenaraikan dalam jawantakuasa tertinggi Srikandi ialah:

1.Timbalan Ketua Srikandi: Nafea Rostam
2.Penolong Setiausaha Srikandi: Norizan Idris
3.Penolong Bendahari: Fatin Fariza Abdul Halim
4.Ketua Penerangan :Siti Farah Abu Hassan

Anina berkata dengan pelantikan sayap Srikandi ini dapat menguatkan kuasa wanita baru yang membawa aspirasi sebenar seluruh rakyat negara inni.

Beliau juga berkata, bagi perlantikan senarai penuh Ketua-Ketua Srikandi Negeri dan Exco Pusat akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

“Ianya akan dibarisi oleh pemimpin-pemimpin baru yang segar dan terdiri dari pelbagai latar belakang yang bakal menjadi role model kepada arena politik tanahair.

“Tahniah dan selamat bertugas kepada yang telah dilantik,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini pada  2 November lalu PPBM mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan parti itu dengan melantik Naib Presiden penaja Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Presidennya.

Jawatan Naib Presiden diisi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman dan peguam Datuk Abdul Rashid Asari.

Anina pula dilantik sebagai Ketua Srikandi parti itu manakala aktivis dan bekas pendebat kebangsaan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetuai Ketua Armada.

Datuk Shahruddin Md Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu manakala Datuk Mohamed Salleh Bajuri pula sebagai bendahari.

Jawatan Ketua Penerangan PPBM diisi bekas Adun Semerak, Datuk Kamarudin Md Nor.

Sementara itu,  Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden parti manakala bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula sebagai pengerusi.

Turut mengisi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Kadir Jasin dan 13 lagi yang lain.

PPBM diluluskan  sebagai sebuah parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Sosial (ROS) pada  9 September lalu.

 

TAGS