Stabilkah Kerajaan Kedah jika MB diganti?

Stabilkah Kerajaan Kedah jika MB diganti?


Walaupun krisis Umno Kedah belum sampai ke penghujungnya, Perdana Menteri perlu memikirkan sama ada kerajaan negeri dengan Menteri Besar baharu mampu mengekalkan kestabilan politik negeri jelapang padi itu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Walaupun krisis Umno Kedah belum sampai ke penghujungnya, Perdana Menteri perlu memikirkan sama ada kerajaan negeri dengan Menteri Besar baharu mampu mengekalkan kestabilan politik negeri jelapang padi itu.

Persoalan ini ditimbulkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mengambil kira jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mahu Menteri Besar diganti berjumlah 18 orang, berbanding 15 Adun pembangkang.

Dua lagi Adun diyakini tetap bersama Mukhriz.

“Apakah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) bersedia menghadapi risiko pergolakan yang berpanjangan akibat dari langkah beliau yang hanya kerana nak menyingkirkan musuh politik beliau dalam umno.

“Apakah Najib sudah mengambil kira kedudukan jumlah kerusi BN yang sangat lemah jika beliau berjaya menggulingkan Mukhriz.

“Jika Mukhriz digulingkan bermakna BN hanya memilik 18 kerusi yang menandatangani akuan bersumpah… sedangkan tiga lagi termasuk Mukhriz memperlihatkan prinsip mereka untuk tidak bersama dengan komplot rampasan kuasa,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan mengambil kira 15 kerusi pembangkang dan tiga Adun yang tidak menyokong penggantian Menteri Besar, kedudukan kerajaan BN negeri dengan 18 Adun adalah tidak stabil.

Bagi Mahfuz, pilihan yang selamat bagi Najib adalah mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar hingga akhir penggal kerana sudah tentu keadaan akan kembali kepada status quo.

“Saya tak pasti adakah Najib sudah tak kisah dengan situasi ini. Mungkin yang penting baginya ialah musuh dan pengkritiknya mesti dihapuskan,” ujarnya.

TAGS