Sudut positif yang perlu dilihat Malaysia, tahniah Singapura, kata Mufti Perlis

Sudut positif yang perlu dilihat Malaysia, tahniah Singapura, kata Mufti Perlis

Politik yang bijak dalam realiti yang ada lebih baik dari memperjuangkan sesuatu yang di luar kecapaian kita, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau yang merujuk kepada pelantikan Presiden baharu Singapura Halimah Yacob berkata, walaupun ada pihak di Malaysia ini yang mempunyai sisi pandang yang kurang positif terhadap negara jiran itu, namun jangan kita lupa sudut positif yang banyak pada negara tersebut.

“Negara Singapura yang lebih kecil saiz daripada Perlis itu lebih maju dari kita dalam banyak segi. Di sudut urus tadbir yang baik dan bebas rasuah mereka lebih cemerlang di mata indeks dunia. Demikian di sudut keselamatan dan keamanan.

“Perdana Menteri Singapura yang bukan Melayu itu jauh lebih fasih berbahasa Melayu dibandingkan ramai MP bukan Melayu di Malaysia.

“Saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yaakob yang menjadikan Presiden baru Singapura. Bagi sebuah negara sekular seperti Singapura memilih wanita muslimah bertudung menjadi Presiden merupakan sesuatu yang menarik,”ujarnya seperti dipetik di laman facebooknya.

Katanya lagi, walaupun ia negara sekular yang dipimpin oleh bukan muslim, mereka ada jawatan Mufti Negara dan pengurusan agama Islam secara rasmi. Pandangan agama mereka juga baik dan sederhana. Sesuai dengan sifat negara mereka.

Tokoh-tokoh muslim progresif seperti Hamza Yusuf, Tariq Ramadan dan seumpama mereka disambut di peringkat negara. Fatwa mereka juga agak terbuka.

Namun memerlukan keterbukaan yang lebih lagi. Pandangan hukum dari aliran literalis salafis dan traditionalis mazhab yang gagal melihat teks dan konteks dielakkan di negara berkenaan.

“Saya percaya ada perkara yang Umat Islam Singapura hendaklah melihat konteks mereka yang tersendiri yang berbeza dengan jiran-jiran mereka,” ujarnya.

{loadposition myposition}Bekas Speaker Parlimen,Halimah Yacob secara rasmi terpilih sebagai Presiden.

Beliau adalah wanita pertama pegang jawatan itu dan orang Melayu kedua selepas Yusof Ishak menjadi Presiden dari tahun 1965 hingga 1970.

Beliau akan angkat sumpah jawatan esok Khamis.

Halimah terpilih untuk jawatan itu selepas jabatan pemilihan Singapura isytihar beliau calon tunggal yang layak berbanding empat calon lain.

CATEGORIES
TAGS