Sultan Kedah mangkat, AMANAH tangguh konvensyen

Sultan Kedah mangkat, AMANAH tangguh konvensyen

Parti Amanah Negara (AMANAH) merafak sembah takziah atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah hari ini.

Berikutan itu AMANAH menangguhkan konvensyen parti itu yang dijadualkan pada 16 dan 17 September ini.

Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan (PH) pada 15 September di Dataran Stargate juga ditangguhkan.

“Sebagai menghormati kemangkatan Kebawah Duli Tuanku, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan yang dijadualkan pada 15 September 2017, di Dataran Stargate, serta Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara yang dijadual pada 16 dan 17 September 2017, di Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah adalah ditangguhkan,” kata Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir.

Beliau berkata, Majlis Sambutan Hari Malaysia PH akan diadakan pada 20 Oktober manakala Konvensyen Nasional 2017 Parti Amanah Negara akan diadakan pada 21 dan 22 Oktober di tempat yang sama.

“Kepada seluruh ahli-ahli, penyokong dan semua yang terlibat dengan Konvensyen Nasional 2017 ini, kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi berikutan penangguhan ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS