Sultan Muhammad V berangkat ke Kuala Lumpur

Sultan Muhammad V berangkat ke Kuala Lumpur

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Cuaca cerah mengiringi keberangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke ibu negara bagi menduduki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Baginda yang dipilih oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243, Oktober lepas akan secara rasmi diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan memegang jawatan di Istana Negara.

Terdahulu, istiadat keberangkatan Seri Paduka di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini bermula seawal 7.50 pagi dengan penuh adat istiadat.

Baginda yang mengenakan persalinan rasmi Sultan Kelantan turut memeriksa Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota daripada Rejimen ke-5 Artileri Diraja Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, diketuai Mejar Mohd Saiful Azly, yang kemudiannya turut menyembah ‘Hormat Diraja’.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob antara dif-dif kehormat yang mengiringi Sultan Muhammad V ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini.

TAGS