Sura, beras untuk mangsa banjir kuning 2014 yang terpinggir

Sura, beras untuk mangsa banjir kuning 2014 yang terpinggir

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Walaupun hampir dua tahun sudah berlalu, mangsa banjir kuning 2014 terus berharap mereka tidak dilupakan begitu saja oleh kerajaan negeri.

Bagi aktivis Amanah, mereka tidak dilupakan bahkan terus mendengar dan cuba membantu mereka semampu mungkin.

Sura yang sudah siap untuk dibahagikan kepada orang ramai.Baru-baru ini, Squad Peduli Kuala Kerai bersama Ikram Kelantan telah menganjurkan majlis kacau sura di Perumahan Transit Jalan Geale, Kuala Kerai yang menjadi tempat tinggal mereka.

Majlis ini turut dijayakan oleh penduduk di perumahan ini dan diserikan dengan kehadiran Ketua Squad Peduli Amanah Kuala Krai, Roslan Abdul Rahman, Wakil Ikram Kelantan, Zulkifly Apandi serta beberapa orang wakil Wanita Peduli Kelantan.

Agihan beras dan wang tunai kepada seramai 40 orang penduduk di sini telah disempurnakan oleh kedua tokoh tadi.

Penerima sumbangan rata-ratanya terdiri daripada kalangan orang miskin yang kehilangan rumah semasa banjir kuning 2014.

Pengerusi Squad Peduli Kuala Kerai, Ustaz Roslan dalam ucapannya menyebut majlis ini dibuat agar dapat berkongsi kegembiraan sura dengan penduduk di sini.

Beliau juga memohon pihak bertanggungjawab menyegerakan rumah baru yang lebih selesa memandangkan rumah yang disediakan oleh Majlis Ugama Islam Kelantan ini sangat tidak sesuai untuk dihuni dalam jangka masa yang panjang.

Penghuni menerima sumbangan berupa beras dan sura dari Squad Peduli.Kebanyakan penduduk sudah berada hampir dua tahun di perumahan ini. Mereka sangat berharap nasib mereka tidak dilupakan oleh kerajaan negeri maupun pusat.

Lawatan kerumah penghuni juga telah dilakukan oleh penganjur bagi mendapatkan gambaran sebenar nasib penghuni disini.

Rumah yang mempunyai dua bilik serta tidak mempunyai tandas yang sempurna tentunya mendatangkan masalah yang besar kepada penghuninya.

Disember 2014 lalu, Kelantan telah dilanda banjir besar yang berwarna kuning.

Berpuluh ribu telah terkesan akibat banjir ini.

Banjir ini adalah yang paling buruk pernah direkodkan selepas sejarah “Bah Merah” pada tahun 1927 dan 1967.

Kawasan paling buruk terkesan dari banjir kuning ini adalah Gua Musang, Kuala Krai dan Kota Bharu sendiri.

TAGS