Syarat jadi PM mesti jadi MP bukan Adun, Mahfuz bidas Mohd Puad

Syarat jadi PM mesti jadi MP bukan Adun, Mahfuz bidas Mohd Puad

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan kurang bijak yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkarshi yang tidak tahu syarat untuk seseorang dilantik sebagai Perdana Menteri adalah menjadi seorang Ahli Parlimen.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Mahfuz Omar

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan kurang bijak yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkarshi yang tidak tahu syarat untuk seseorang dilantik sebagai Perdana Menteri adalah menjadi seorang Ahli Parlimen.

Beliau berkata, tidak sewajarnya Mohd Puad sebagai bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat  tidak tahu syarat untuk menjadi seorang Perdana Menteri dan mendakwa Tun Mahathir mahu anaknya Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri.

” Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Puad Zarkashi yang menyatakan Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

” Tidak sewajarnya Puad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), tidak tahu syarat untuk menjadi PM?

“Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.” ujar Mahfuz dalam kenyataannya hari ini.

Menuru Mahfuz lagi kenyataan Puad tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Saya ingin memberitahu Puad bahawa Mukhriz itu adalah seorang Adun.

“Jika mahu menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah Ahli Dewan Rakyat. Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang Adun.

“Mukhriz atas sifat sebagai Adun hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja.

“Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang. Barulah boleh diangkat menjadi PM.

“Puad ni dah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat PHD?

“Kepada kawan saya Puad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagi lah nampak cerdik macam betoi-betoi orang yang ada PHD. Jangan sampai Pegawai Jasa bawah pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat skrin test cari pelawak baru.” ujarnya sinis.

Semalam  dalam satu kenyataan Mohd Puad mendakwa motif serangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd  Najib Razak adalah kerana mahukan anaknya Datuk Seri Mukhriz menjadi perdana menteri.

Mohd Puad dipetik sebagai berkata sebab itulah bekas perdana menteri berkenaan tidak menyebut siapa pengganti, jika Najib meletakkan jawatan.

Beliau berkata Dr Mahathir terlalu taksub dengan agenda Mukhriz menjadi perdana menteri sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Najib dan duduk semeja dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Mohd Puad turut mengingatkan Mukhriz bahawa tidak ada jalan pintas untuk menjadi presiden Umno dan perdana menteri.

TAGS