Syor persempadanan semula jelas berat sebelah, tidak profesional

Syor persempadanan semula jelas berat sebelah, tidak profesional

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kami membantah syor persempadanan semula kawasan pilihanraya kerana ia jelas tidak adil dan tidak professional. Ini berdasarkan kepada :

Ianya adalah untuk kepentingan politik BN. Sebagai contoh Dun Bukit Baru yang dimenangi oleh PAS pada PRU 13 dipecah-pecahkan di mana 2 PDM(Pusat Daerah Mengundi) iaitu Kg Ku Sayang dan Taman Tun Rahah dikeluarkan dari Dun Bukit Baru. Manakala 4 PDM yang dimenangi oleh BN dalam Dun Bachang iaitu Pengkalan Batu, Bukit Palah, Bukit Piatu dan Seri Siantan dimasukkan ke dalam Dun Bukit Baru.

2) Melebarkan semangat perkauman di mana pengundi sesatu kaum dilonggokkan di sesuatu Dun atau Parlimen. Contohnya Dun Bachang yang majoritinya pengundi Cina dimasukkan ke Parlimen Kota Melaka dan Dun Alai (Dulu Telok Mas) yg sekarang pengundi Melayunya lebih 80% dimasukkkan ke Parlimen Bukit Katil. Malah 2 PDM dalam Dun Ayer Keroh yang pengundi Cinanya iaitu lebih 60 % dipindahkan ke Dun Bachang yang diletakkan dalam Parlimen Kota Melaka

erdapat Parlimen yang jumlah pengundinya terlalu besar yang sudah pasti menyukarkan Ahli Parlimennya untuk berkhidmat seperti Parlimen Kota Melaka yang pengundinya berjumlah 105, 067 dan Parlimen Bukit Katil yang mempunyai pengundi seramai 96,165 orang. Kedua-dua Parlimen ini wajar dipecahkan dan dibentuk 1 Parlimen baru.

SPR sepatutnya menambah 1 atau 3 Dun lagi di Melaka supaya jumlah Dun di Melaka menjadi ganjil. Ini penting bagi memastikan tidak ada kemungkinan parti-parti yang bertanding menang jumlah kerusi yang sama pada masa akan datang. Sekarang ini Dun Melaka mempunyai jumlah kerusi genap iaitu 28 kerusi. Malah memamg wajar Dun ditambah khususnya di Parlimen Kota Melaka, Bukit Katil dan Tangga Batu di mana terdapat 9 Dun yang pengundinya melebihi 20,000. Sedangkan pengundi di Dun Tanjung Bidara, Lendu dan Taboh Naning berjumlah kurang dari 10,000. Malah Dun Ayer Keroh dan Bukit Baru mempunyai pengundi masing-masing 25,491 dan 25,773 orang. Kedua – dua Dun wajar dipecahkan menjadi 3 Dun

Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas amatlah wajar SPR mengkaji semula dan menarik balik syor yang dikemuka dan dipamerkan pada 15 September sehingga 14 Oktober 2016.

Langkah ini penting bagi membuktikan SPR adalah professional, telus dan tidak berpihak.

Mohd Sofi Abdul Wahab adalah Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Melaka

CATEGORIES
TAGS