Tabung Takwa beri sumbangan khairat kematian kepada waris pencarum

Tabung Takwa beri sumbangan khairat kematian kepada waris pencarum

Tabung Amanah Komuniti Subang (Takwa) yang baru dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun)Kota Damansara pada Januari lalu kini mempunyai 1,600 pencarum diwujudkan bertujuan untuk membantu ahli koperasi dan penduduk di bawah Parlimen Subang untuk menabung  menerusi satu skim insuran takaful berkelompok.

Buat pertama kali Tabung Takwa  antara salah satu produk terkini Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad (Kowanis) menyumbangkan pampasan kepada waris pencarum yang telah meninggal dunia kerana penyakit barah pada April lalu.

Halimaton Saadiah  yang juga Pengerusi Kowanis berkata, usaha menwujudkan Tabung Takwa dapat dijayakan bersama penduduk di sekitar Subang sejak pra pelancarannya.

Beliau berkata, pampasan yang diberikan kepada waris Allahyarham Raja Mazuin Raja Ahmad yang dikurniakan empat anak ini bertujuan meringankan beban warisnya.

“Dengan penyertaan allahyarham di Tabung Takwa memberi keyakinan kepada pencarum lain seramai 1,600 ahli kini bahawa dengan menyimpan hanya RM50 di dalam tabung Takwa ia memberikan faedah pulangan untuk ahli waris yang ditinggalkan,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Halimahton Saadiah juga berkata, Kowanis kini mempunyai 52 agen untuk mengendalikan tabung Takwa di kawasannya. Mereka sedang meningkatkan usaha untuk mencari pencarum baru untuk mencapai sasaran 5,000 pencarum pada tahun ini dengan menjalinkan kerjasama dengan sahabat Amanah Iktiar Malaysia (AIM) di Parlimen Subang.

Malah beliau turut menggalakkan tabung Takwa ini dibuka kepada ketua keluarga iaitu suami kepada setiap suri rumah di kawasan Subang.

“Kita galakkan suami pula mencarum dalam Tabung Takwa untuk isteri dan keluarganya. Ini kerana sejak ia dilancarkan majoriti pencarum adalah wanita,” ujarnya.

Di majis sama Pengerusi Jawatakuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, Shafie Lisut pula berkata, beliau dengan kerjasama Kowanis dan Agro Bank akan memperkenalkan Tabung Takwa ini kepada jawatankuasa masjid dan surau di kawasan Paya Jaras.

“Terdapat 12 kampung dengan sebuah masjid dan empat surau di kawasan Paya Jaras ini. Kita akan perkenalkan Tabung Takwa untuk mengantikan tabung khairat kematian kepada 16,000 penduduk di kawsan ini secara berperingkat.

“Satu perbincangan antara jawatankuasa masjid dan surau dengan pihak Agro Bank dan Kowanis akan dilakukan untuk memberikan penerangan kepada jemaah dan penduduk setempat,” ujarnya.

Manakala Ketua Pegawai Perkhidmatan Agro Bank Mad Yusuf Yazid berkata, pihak bank akan melunaskan bayaran pampasan kepada pencarum dalam tempoh 14 hari jika berlaku kematian.

“Dalam kes pertama yang mana allahyarham Raja Mazuin baru sahaja meninggal selepas seminggu menjadi ahli Takwa kita dapat menyerahkan sumbangan sebanyak RM7,000 kepada warisnya.

“Agro Bank mempunyai 189 cawangan diseluruh negeri dan di Selangor sahaja 15 cawangan. Kita bekerjasa dengan Kowanis menerusi Tabung Takwa dan beberapa lagi agensi kerajaan lain dalam memberikan pelindungan insuran kematian, kemalangan dan pelbagai faedah lain,” ujarnya.

Dalam majlis sama turut diadakan majlis penyerahan cek sejumlah RM7,000 kepada Abdul Rahim Hassan suami kepada allahyarham Raja Mazuin.Turut diadakan majlis tahlil dan doa selamat.

(duduk dari kiri) Shafie, Azman, YB. Halimaton Saadiah, Mad Yusuf dan Dr Juraini bergambar kenangaan bersama sebahagian agen Takwa.

TAGS