Tahniah dan takziah Anwar Ibrahim

Tahniah dan takziah Anwar Ibrahim

 

Semalam tanggal 10 Ogos, usia Anwar Ibrahim menginjak 69 tahun selepas dilhahirkan pada tahun 1947. Walau jasadmu terkurung di balik tembok ketakutan pemerintah, namun jiwa dan ragamu bebas terbang menjajah hati nurani marhaen.

TAHNIAH ANWAR

Dulu Anwar Ibrahim ada segalanya ketika bersama pemerintah, pangkat dan nama dijulang baik dari dalam dan luar negara. Tapi selepas satu ketika saat dia terbuang jauh, dipalit dan dibeban fitnah serakah, akhirnya beliau menambah trofi sebagai penentang pemerintah.

Tapi Anwar Ibrahim bersyukur kerana dia hanya hilang kedudukan, bayangkan kalau tiada kawan yang menyambut konspirasi yang membangkit reformasi fasa pertama pada 98, itulah harta yang dia ada selain dari keluarga tercinta.

Anwar Ibrahim, ketika hari menyambut kelahiranmu yang ke 69, ramai kawan yang hadir. Memang jumlah yang hadir jauh jika dibanding andai ada sambutan untuk memperingati hari lahir Malaysia Official 1. Itu sudah pasti kerana MO1 ada penderma arab yang tentu akan memberi walau sudah mati.

Tetapi kawan dan temanmu yang bersama sepanjang masa sejak kau bergelar banduan, hadir memberi sokongan. Ada satu sosok yang hadir dalam keadaan yang sangat hiba. Dia hadir dengan berkerusi roda walau daya dan upayanya agak sedikit berkurangan. Ada juga yang dituduh barua dan Anwarinas, mereka tetap melawan walau tidak bersama kapalmu.

TAKZIAH ANWAR

Fasa kedua reformasi hadir di era Najib Razak. Saiful Bukhari nama yang pasti akan terukir sebagai alat yang menjadi kunci hotel mewah yang didiami olehmu tika ini. Dia kini telah berkeluarga, punya anak, kita doakan dia sedar.

 

Cuma kasihan Anwar Ibrahim, satu masa dulu ada yang merasa kerusi empuk sebagai menteri besar dan sebagainya tidak lagi memberi sokongan kepadanya. Malah makin menjauh dari gerakan sebelum ini, kalau ada pun mungkin beberapa kerat saja yang tinggal menyokong.

Mungkin mereka tidak kerana kereta mereka tidak setanding “kereta” yang dipandu Hanipa Maidin ke majlis hari lahirmu. Maka garis perjuangannya juga tidaklah sehebat apa yang dilalui golongan Anwarinas yang dilempar pelbagai tuduhan sekalipun mereka yang duduk dalam kapalmu.

TAPI….

Yakinlah saudara Anwar, rakyat terbanyak yang tak punya kepentingan sama ada kerusi DUN atau Parlimen, Menteri Besar atau Ketua Menteri, agenda membebaskan rakyat akan terus didukung oleh generasi muda.

Mungkin mereka mahasiswa, mereka pekerja bawahan, pemandu teksi, pesawah, merekalah nyawa negara Malaysia dari sekelompok kecil yang bermain politik kedudukan dan ketaatan membuta.

Doa kami akan sentiasa bersamamu Anwar Ibrahim.

TAGS