Tahniah Najib, anda mampu selamatkan kuasa dunia, kata Mahathir

Tun Mahathir berkata, apalah nak ditakutkan pada beliau, umur dah 92 tahun.

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak kerana “Mampu menyelamatkan kuasa dunia” ketika lawatannya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

Dengan penuh sindiran, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, beliau bangga dengan pencapaian Najib itu.

“Namun saya bangga. Belum ada Perdana Menteri Malaysia yang mampu menyelamatkan kuasa dunia. Tetapi sekarang ada.

“Tahniah kepada Kerajaan dan Najib dan Menteri-Menteri Barisan Nasional. Kamu sudah “put Malaysia on the world map”. Tahniah,” kata Mahathir, pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu penuh sindiran.

Menurut Mahathir, “apalah sangat saya ini yang nak ditakuti”.

“Umur sudah 92 tahun. Tak ada duit pun. Jauh sekali nak sogok Kit Siang dengan 1 billion Ringgit pun. Tak pernah bangun apa pun.

“Tak dilayan seperti Najib oleh Presiden Amerika. Tak dapat sogok Trump dengan 90 billion Ringgit.

“Tidak dipeluk oleh Presiden kuasa dunia terbesar kerana menyelamatkan ekonomi Amerika Syarikat,” kata beliau dalam tulisan terbarunya di chedet.cc.

Ketika berkunjung ke Amerika baru-baru ini, Najib berkata beliau membawa tiga cadangan khusus “untuk mengukuhkan ekonomi Amerika” iaitu menambah pembelian pesawat oleh Malaysia Airlines daripada Boeing serta melabur dana KWSP dalam pembangunan infrastruktur negara itu serta meningkatkan pelaburan Khazanah Nasional di negara itu.

Urus niaga dengan Boeing yang pada asalnya lapan pesawat Dreamliners 787 bernilai AS$2.2 bilion kemudiannya bertukar jadi komitmen AS$10 bilion untuk jet dan enjin jet daripada General Electrics.

 

BN CELARU

Bagi Tun Mahathir, Barisan Nasional (BN) ternampak celaru kerana tak dapat menentukan PH ini didominasi oleh siapa.

Kataya, Najib dan Umno berhempas pulas mendakwa jika PH menang DAP dan Kit Siang akan mengambil alih negara ini. Ini juga yang diulangi oleh ketua penerangan Umno.

Bila ditanya bagaimana Najib boleh ada 2.6 billion Ringgit dalam akaunnya, Annuar jawab DAP akan kuasai PH.

“Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 billion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi PH dan Kit Siang akan jadi Perdana Menteri,” sindir Mahathir.

Sebaliknya, kata beliau, MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada Bersatu.

Ini disusuli dengan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang mengumumkan kepada dunia bahawa Dr. Mahathir telah sogok Kit Siang dengan 1(Satu) billion Ringgit.

“Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 billion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya,” katanya.

Oleh, katanya, jangan tanya beliau dari mana dapat satu billion.
“Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi 1 billion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu. Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit,” katanya.

Oleh itu, katanya, yang perlu ditentukan oleh Barisan Nasional ialah siapa beli siapa.

“Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia,” katanya.

9.5
OVERALL SCORE
: 9.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS