Takiyuddin, Mohd Amar perlu perjelas mengapa usul pindaan Akta 355 gagal ke Parlimen

Takiyuddin, Mohd Amar perlu perjelas mengapa usul pindaan Akta 355 gagal ke Parlimen

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan perlu bertanggungjawab  kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Adun Salor Datuk Husam MusaTimbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan perlu bertanggungjawab  kerana hingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Salor Datuk Husam Musa.

Husam berkata, dua individu terbabit,  Mohd Amar  dan  Takiyuddin perlu bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan masing-masing sekiranya gagal memberi penjelasan.

“Saya mahu tiga individu itu dengan dikecualikan Presiden supaya bertanggungjawab dan harus memikul bebanan ini. Takiyuddin kalau tidak boleh jelaskan perkara ini boleh berhenti, letak jawatan kerana dia kena bertanggungjawab. Datuk Nik Amar kalau dia terbabit dia mesti letak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan moderator, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff pada Forum Akta 355 dan Hudud di Malaysia di Tunjong Banquet di sini, malam kelmarin segaiman dilapor Sinarharian online.

Selain Husam turut menjadi panel forum itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara ( Amanah) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Mohd Amar merupakan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan manakala Takiyuddin merupakan Ketua Sekretariat Tetap Hudud Negeri.

Terdahulu Husam yang juga bekas naib presiden  Pas mendakwa matlamat melaksanakan hukum hudud di Kelantan hanya mainan politik Pas dan Umno.

Menjelaskan dakwaan itu, Husam berkata, pada 18 Mac tahun lalu terdapat seorang wakil Kerajaan Pusat datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memaklumkan usul berkenaan boleh dibawa ke Parlimen dan meminta Presiden Pas ketika itu membawa usul itu dengan serta-merta.

“Yang datang 18 Mac adalah wakil seorang menteri bawa cadangan serta merta, perkara itu tidak dimaklumkan kepada Pas Pusat dan dua individu tersebut terbabit dengan perbincangan itu adalah mungkin Mohd Amar dan Takiyuddin.

“Saya sempat berjumpa presiden di rumahnya dan beliau (Abdul Hadi) memberi keyakinan bahawa Kerajaan Pusat mengatakan usul tersebut boleh dibentangkan di Parlimen pada April (2015).

“Bagaimana agenda sebesar itu hanya dibincangkannya dengan tiga orang sahaja dan akhirnya hari ini kita tidak dengar apa-apa. Sudah jelas yang menentukan perkara ini bukan Pas Pusat sebaliknya tiga individu berkenaan,” katanya.

Dalam sidang medianya, Husam berkata, dengan menggunakan modal hudud, Umno berjaya memecahkan Pakatan Rakyat sekali gus merencatkan usaha pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Malah, beliau tidak menolak negeri dimiliki pembangkang seperti Kelantan boleh terlepas setelah pergolakan dalaman yang menyaksikan Pas terpaksa bersendirian.

TAGS