Takiyuddin sedia lawan Husam di mana saja

Takiyuddin sedia lawan Husam di mana saja

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Secara berterus-terang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan bersedia untuk menentang Datuk Husam Musa pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Saya serah kepada parti. Kalau parti suruh bertanding, saya bertanding di mana saja, kalah menang bukan alasan,” jawabnya kepada pemberita semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memberitahu hanya kepimpinan Pas boleh menentukan seseorang itu sama ada layak bertanding atau sebaliknya.

“Saya serahkan kepada kepimpinan Pas. Boleh jadi saya bertanding. Di Kelantan, kita meletakkan semua calon di semua Dun,” ujarnya.

Takiyuddin juga pada masa sama mengesahkan kerjasama politik antara Pas dan PKR yang masih diteruskan di Kelantan.

“Kita bersama PKR. Sekarang ini kita bersama PKR,” ulanginya lagi ketika ditemui pemberita selepas wacana berkenaan pindaan Akta 355 di Shah Alam.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor merupakan bekas Naib Presiden Pas kemudiannya menyertai Amanah, 30 Ogos lalu.

TAGS