Takziah saja kepada mangsa ribut, jangan spin

Markas Pas antara yang dilanda ribut di Pulau Pinang. Takziah, kata Hanipa jangan spin.

Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mengajak semua pihak berdoa agar mangsa ribut, termasuk sebuah markas Pas di Kampung Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal, Kepala Batas, Pulau Pinang dapat bersabar dengan ujian Allah itu.

Beliau mengucapkan ta’ziah kepada semua mangsa.

“Saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba “spin” isu ini dengan apa cara sekalipun.

“Musibah ini ketentuan Allah s.w.t. yang merentasi garisan parti dan tak perlu mana-mana orang atau pihak cuba “spin” untuk tujuan tertentu.

“Pendekatan terbaik bagi saya lah, adalah kita sama-sama berdoa agar mereka yang sedang diuji dengan musibah itu dapat bersabar dan dilindungi oleh Allah,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddeen mendakwa banjir yang melanda negeri itu adalah antara petanda Pulau Pinang akan jatuh ke tangan Pas.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga berkata, bencana yang turut menyaksikan tanah runtuh, pokok tumbang dan kerosakan harta benda merupakan isyarat negeri itu sedia untuk diambil semula oleh Barisan Nasional (BN).

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS