Tambang MRT percuma sebulan

Tambang MRT percuma sebulan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Hari ini orang ramai boleh menikmati tambang percuma selama sebulan perkhidmatan Transit Aliran Massa Laluan Sungai Buloh – Kajang (MRT SBK).

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Majlis itu sempena pelancaran Operasi Fasa Pertama MRT SBK di Stesen MRT Kwasa Damansara di Sungai Buloh semalam.

Ini bermakna perkhidmatan pengangkutan tren percuma yang dikendalikan oleh RapidRail Sdn. Bhd. tersebut berlangsung sehingga 17 Januari depan.

Menurut Najib, pembukaan laluan Fasa 1 MRT SBK bermula dari Sungai Buloh hingga ke Semantan itu menempuh 10 stesen sekitar Damansara menghala ke pusat bandar.

Presiden Umno itu turut mendakwa dirinya mendengar keluh kesah rakyat dalam menangani permasalahan kesesakan lalu lintas khususnya di Lembah Klang sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009.

“Saya tidak mahu slogan ini menjadi retorik politik tanpa ada pengisian sebab itu, kerajaan ingin menjadikan pengangkutan awam sebagai prioriti tertinggi,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, blog rasmi najibrazak.com menyiarkan rakaman dokumenteri projek pengangkutan tren itu dengan tajuk “MRT: Hasil Titik Peluh Rakyat Malaysia”.

Walau bagaimanapun, ungkapan tersebut menerima sindiran netizen apabila dimuat naik di laman Facebook Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Antaranya, pengguna media sosial dari Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan usaha kerajaan menambah baik kualiti pengangkutan awam di pulau Borneo itu.

TAGS