Tanah Felda Jalan Semarak: Kertas siasatan ke Peguam Negara minggu depan

Tanah Felda Jalan Semarak: Kertas siasatan ke Peguam Negara minggu depan

Kertas siasatan berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata setakat ini polis telah selesai memanggil dan merakam keterangan beberapa saksi berhubung kes itu.

“Saya tidak boleh mendedahkan jumlah saksi yang dipanggil kerana siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media bersempena Perasmian Pejabat Sekretarliat Aseanapol dan Serah Terima Tugas Pengarah Eksekutif Sekretariat Aseanapol,hari ini.

Mohamad Fuzi diminta mengulas perkembangan terkini berhubung kes itu yang didedahkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Melayu pada 21 Disember lalu.

Antara lain, laporan akhbar itu menyebut Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik melalu transaksi meragukan sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama yang turut diberikan surat kuasa wakil penuh untuk membangunkan kawasan itu pada 3 Jun 2014.

CATEGORIES