Tanah runtuh di Serendah: Kerajaan negeri tawar penempatan sementara di PPR

Tanah runtuh di Serendah: Kerajaan negeri tawar penempatan sementara di PPR

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan negeri Selangor menawarkan penempatan sementara di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Serendah untuk mangsa-mangsa tanah runtuh di Taman Idaman dalam daerah Hulu Selangor itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, walau bagaimanapun kerajaan negeri memerlukan sedikit masa untuk memastikan unit-unit PPR terbabit sesuai didiami.

“PPR tersebut adalah di bawah pengurusan Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB). Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan PHSSB akan menguruskan penempatan tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline hari ini.

Kelmarin, seramai 340 penghuni dari 64 keluarga di Taman Idaman, Serendah telah berpindah ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Serendah ekoran tanah runtuh pada kira-kira 1 pagi, Sabtu lalu.

Runtuhan sepanjang hampir 100 meter dari kawasan rumah teres sehingga ke bekas lombong itu turut meranapkan tujuh unit kedai manakala seorang penunggang motosikal, Mohd Fareez, 21, patah kaki dan tangan selepas tertimbus dalam runtuhan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

TAGS