Tanah runtuh: Gerai dan 10 buah kereta musnah di Serendah

Tanah runtuh: Gerai dan 10 buah kereta musnah di Serendah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seorang penunggang motosikal cedera manakala sebuah gerai dan 10 kenderaan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

TAGS