Tanding 40 kerusi: Tidak timbul istilah Amanah mahu ‘curi’ kerusi PKR

Tanding 40 kerusi: Tidak timbul istilah Amanah mahu ‘curi’ kerusi PKR

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, jumlah 40 kerusi yang mahu dipertandiingkan berdasarkan kekuatan yang ada pada parti itu, antara sebab ia perlu dibincangkan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad berkata, jumlah 40 kerusi yang mahu dipertandiingkan berdasarkan kekuatan yang ada pada parti itu, antara sebab ia perlu dibincangkan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 Beliau berkata tidak timbul soal mencuri kerusi PKR sebagaimana dakwaan Naib Presiden Pas Iskandar Abdul Samad.

“Jumlah 40 kerusi itu adalah berdasarkan kekuatan yang ada pada Amanah sebagai parti baharu yang tidak mempunyai kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya sebelum ini.

“Itulah sebabnya ianya perlu dibincang bersama dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM.

“Ia juga mengambil kira strategi yang dicadangkan di mana setiap parti ditentukan Negeri untuk dipimpinnya. Ini mungkin akan menyebabkan sedikit pengubahsuaian agihan kerusi antara parti termasuk PPBM.

“Oleh kerana ianya akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat, maka istilah ‘mencuri’ tidak sesuai,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar dalam kenyataan semalam menyebut Amanah seharusnya menghormati sekutunya dalam Pakatan Harapan, parti itu tidak akan sesekali “mencuri” kerusi PKR.

Sambung Khalid lagi, istilah ‘mencurl’ adalah sesuai untuk kisah seperti di Kota Damansara pada PRU13 lalu.

“Pada masa itu Pas melanggar keputusan yang dibuat bersama dan mencuri kerusi PKR. Amanah tidak akan berkelakuan begitu,” bidasnya.

Justeru Ahli Parlimen Shah Alam ini berkata Pas tidak perlu risau mengenai Amanah jika berbalah dengan PKR berhubung pembahagian kerusi.

“Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa berbincang untuk mencapai persetujuan tanpa perbalahan.

“Namun demikian teguran dari YB Iskandar diterima oleh kami dengan hati terbuka. InsyaAllah hubungan kami dalam Pakatan Harapan dan Bersatu tidak akan terjejas atas sebab kerusi.

“Kami mengutamakan matlamat mengalahkan BN dan oleh itu usaha mengukuhkan Pakatan Harapan dan Bersatu akan sentiasa diutamakan berbanding isu kerusi,” ujarnya.

Semalam dalam satu kenyataan Khalid dipetik berkata Amanah akan bertanding 40 kerusi Parlimen, termasuk milik PKR dan Pas pada PRU akan datang.

Khalid berkata pemilikan kerusi tradisi yang dipertahankan sesama parti pembangkang tidak lagi relevan dengan senario politik hari ini.

Katanya ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan dan PPBM. Apa yang penting senario politik hari ini sudah berubah. Tidak seperti 2013 (PRU13).

“Kita tidak boleh jadikan 2013 sebagai asas untuk pembahagian kerusi. Kita alu-alukan kenyataan PKR yang menyatakan kesediaan mereka serahkan kerusi kepada PPBM,” ujar Khalid.

TAGS