MB perlu perjelas dakwaan kemusnahan hutan Johor

MB perlu perjelas dakwaan kemusnahan hutan Johor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menteri Besar Johor Datuk Khalid Nordin mesti tampil segera memberikan penjelasan kepada umum mengenai pendedahan berkaitan dakwaan kemusnahan hutan di Johor, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, Isu penahanan dua aktivis alam sekitar yang dikatakan menghina Sultan Johor dengan mendedahkan aktiviti pembalakan di negeri itu harus dilesaikan melalui semangat perlembagaan dan undang-undang.

“Perjuangan mana-mana pihak demi keadilan untuk rakyat dalam apa jua isu sama ada isu tanah, alam sekitar dan sebagainya juga adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

“Oleh kerana negara memproklamasikan “no one is above the law” maka saya juga akan berjuang mempertahankan prinsip ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan Presiden Pelindung Khazanah Alam Sekitar Malaysia (Peka) Puan Sri Sharifa Sabrina Syed Akil dan pentadbir organisasi itu, Norhayati Shahrom Khamis lalu.

Mereka ditahan kerana didakwa menghina keluarga diraja Johor menerusi laman Facebooknya mengenai aktiviti pembalakan yang dikatakan ada kaitan dengan keluarga diraja.

Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) berkaitan “penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian”.

Mereka dibebaskan semalam namun jika didapati bersalah, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM50,000.

“Raja Berperlembagaan tidak akan melanggari keluluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjamin kesaksamaan setiap rakyat di negara ini.

“Raja Perperlembagaan akan menaungi seluruh rakyat, mempertahankan rakyat dan seluruh negara,” katanya lagi.

Beliau juga berkata, kedudukan Raja-Raja Melayu adalah perkara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan Perlembagaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab Raja-Raja dan seluruh rakyat negara ini.

“Saya seperti rakyat Malaysia yang lain akan terus mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu melalui konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang serta akan memastikan ia terus terpelihara dengan kukuh dalam perlaksanaanya,” katanya.

 

TAGS