Taniah Kelantan !

Taniah Kelantan !

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Alhamdulillah setelah sekian lama usaha memartabatkan undang-undang Islam dibawah kuasa negeri dibuat, kini cahayanya kian menampakkan sinar terang.

Hari ini dalam sejarah perundangan Islam Malaysia pada 28 Disember 2015 sebuah entiti baru Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan telah ditubuhkan dengan rasminya.

Kelantan adalah negeri pertama yang menubuhkan jabatan ini secara berasingan demi melancarkan pentadbiran kehakiman dan undang-undang Islam di negeri Kelantan dan negara ini.

Kendatipun kita telah merdeka 58 tahun yang lalu dan agama Islam telah diberikan satu kuasa yang tersendiri dalam perlembagaan Malaysia, perkembangan dan evolusi status dan struktur serta bidang kuasa perundangan syariah tidak berpadanan dengan sisten undang-undang sivil.

Pengasingan jabatan dan pentadbiran diantara Mahkamah dan bahagian pendakwaan secara ‘in toto’ dibuat di dalam sistem kehakiman sivil sejak awal merdeka lagi.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sekian lama menjadi badan pelbagai dimensi yang diletakkan dengan pelbagai tugasan termasuk pendakwaan undang-undang syariah.

Kini dengan semakin banyak kes yng dibicaakan dan semakin kompleks yng dikendalikan dengan pelbaga isu baru maka beban dan konflik kepentingan antara dua entiti induk pendakwaan dan Mahkamah menjadi kian ketara dan kadangkala berupaya menggugat imej dan integriti keadilan dan perundangan Islam itu sendiri.

Juteru inisiatif pengasingan jabatan ini menjadi makin kritikal dan relevan kini bila mana Kanun Jenayah Syariah  2015 Kelantan diluluskan pada Mac 2015.

Satu kod undang-undang yang lebih lengkap dengan mengambil kira pengalaaman penggubalan Enakmen Jenayah Syariah 1993 dan rujukan kepada Acheh dan Brunei yang telah memulakan langkah melaksanakan undang-undang jenayah yng lebih komprehensif berbanding jenayah takzir dalam bidangkuasa di Malaysia.

Usul Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen bagi mewakili kerajaan Kelantan untuk meminda bidangkuasa Akta 355 yang bersifat undang-undang bertukar menjadi polemik politik antara parti di Malaysia bila mana semua pihak cuba menjadi juara dan jurucakap kepada undang-undang jenayah Islam berbanding untuk membantu kelicinan dan keperluan pentadbiran perundangan Islam.

Satu akta yang hakikatnya perlu dipinda lantaran tidak lagi sesuai dan sepadan dengan massa dan masa.

Semoga dengan usaha yang tampak kecil di mata ramai namun sangat penting dari sudut undang-undang dan pentadbiran kehakiman negara. InsyaAllah akan melebarkan lagi sayap dan keberkesanan keadilan undang-undang jenayah Islam secara tuntas.

Walaupun dengan penuh sedar nun disepanjang jalan pembesaran dan perkembangan Jabatan ini pelbagai rintangan terpaaksa ditempuhi namun itulah sifat undang-undang ilam yng fleksible dan mesra uruf dan illlah asalkan tidak melanggar usul syarak.

Tidak ada hukuman yang lebih adil berbanding undang-undang Islam. Mabruk Kelantan! Allahu Akbar!

CATEGORIES
TAGS