Taraf Penduduk Tetap: Perkasa tempelak penentang Dr Zakir Naik

Taraf Penduduk Tetap: Perkasa tempelak penentang Dr Zakir Naik

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menempelak tiga individu didakwa cuba mempertikaikan kewajaran pendakwah dari India Dr Zakir Naik diberikan taraf penduduk tetap di negara ini.

Hassan Basri MuhammadPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menempelak tiga individu didakwa cuba mempertikaikan kewajaran pendakwah dari India Dr Zakir Naik diberikan taraf penduduk tetap di negara ini.

Naib Presidennya Hassan Basri Muhammad berkata, sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan Melayu, Pribumi dan Islam pihaknya memandang serius dengan dakwaan Datuk Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kumalasegaran dan Peguam Siti Kassim.

“Perkasa memandang serius diatas kebiadapan beberapa batang tubuh manusia antaranya Datuk Zaid Ibrahim, M.Kulasegaran, Siti Kassim dan sebagainya yang cuba mempertikai usaha kerajaan memberi status penduduk tetap kepada Dr Zakir Naik.

“Perkasa suka mengingatkan kepada mereka ini yang barang kali tidak memahami dan dangkal tentang hak dan kuasa sesebuah kerajaan yang memerintah.

“Sekaligus Perkasa berpendapat mereka ini perlu disekolahkan semula tentang hak dan kuasa pemerintah,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Hassan Basri berkata, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat seperti mana negara-negara dan mempunyai hak dan peraturan untuk memberi taraf penduduk tetap kepada sesiapa pun.

Hatta sebelum ini ujarnya, kerajaan Malaysia sudah memberi puluhan ribu taraf penduduk tetap kepada warga asing yang telah mematuhi peraturan yang memohon taraf penduduk tetap.

“Jadi siapa mereka dua tiga kerat ini yang bukan sesiapa pun. Tapi cuba hendak menjadi jaguh untuk mengajar kerajaan hak kerajaan untuk memberi taraf status penduduk tetap,” tegasnya.

 Hassan yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa berkata, adalah lebih baik pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan itu mempertikaikan kehilangan puluhan ribuan rakyat asing khususnya dari Cina, India dan sebagainya yang datang ke Malaysia untuk mendapatkan pendidikan atau melancong tetapi akhirnya mehilangkan diri dan bebas tinggal di negara ini.

Tambahnya lagi dengan ketokohan Dr Zakir yang mengambil risiko berdakwah dan memperjelaskan isu perbandingan agama yang tidak mampu dihujah menjadi sebab penentangan status penduduk tetap itu diberikan.

“Ada sesetengahnya pihak membawa isu kemasukan Dr Zakir Naik ke Malaysia di mahkamah lalu, beliau dilabelkan pelampau, pencetus keganasan dan sebagainya.

” Perkasa berpendapat siasatan itu adalah hak kerajaan India dan kerajaan Malaysia sudah menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama jika India mempunyai hubungan perjanjian bantuan perundangan bersama (MLA) dengan Malaysia.

“Perkasa amat menghormati hak siasatan oleh kerajaan India dan dalam yang sama kita juga mesti menghormati hak kerajaan Malaysia selaras dengan tertubuhnya negara berdaulat,” ujarnya.

Pada November tahun lalu, media Hindustan Times di India melaporkan bahawa Zakir telah diberi kerakyatan Malaysia namun perkara itu dinafikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hari ini pula Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata Dr Zakir hanya bertaraf penduduk tetap di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata penceramah itu tidak menetap di Malaysia sebaliknya tinggal di beberapa negara lain.

TAGS

COMMENTS