Tarian gelek berhijab Wanita Umno Kota Bharu buat Pas Kelantan ‘panas’

Tarian gelek berhijab Wanita Umno Kota Bharu buat Pas Kelantan ‘panas’

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tarian gelek empat anggota Wanita Umno Kota Bharu pada majlis perasmian mesyuarat agung sayap Umno itu Ogos lalu bukan sahaja berjaya ‘memanaskan’ majlis, malah menyebabkan Pas Kelantan tidak senang duduk.

Malah satu lagi acara membabitkan artis wanita dewasa tanpa bertudung yang menyanyi sambil menari pada Karnival Rakyat Chetok mengakibatkan Pemuda Pas negeri itu tidak lagi mampu berdiam diri.

Menurut Harakahdaily, konsert hiburan itu diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kelar, Kota Bharu, 1 Oktober lepas.

Tercabar dengan perkembangan itu, Pemuda Pas Kelantan menghantar memorandum bagi meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas menyiasat persembahan hiburan tersebut yang didakwa melanggar Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

Rombongan diketuai Ketua Pemuda Pas negeri, Ahmad Fadhli Shaari menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Pegawai PPD Pasir Mas, Ahmad Termizi Musa petang semalam.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya kesal terhadap persembahan hiburan tersebut yang dianggap mencabul institusi pendidikan di negeri ini.

“Kita meminta tindakan tatatertib dikenakan terutamanya penguasa premis berkenaan iaitu guru besar sekolah berkenaan kerana membiarkan persembahan hiburan diadakan,” katanya.

Pada 1 Oktober lepas pertunjukan konsert diadakan di sekolah berkenaan yang dianjurkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Binjai melibatkan artis wanita.

Dalam perkembangan berkaitan, video tarian gelek Wanita Umno Kota Bharu dimuat naik di Youtube pada 23 Ogos lalu dan telah dilihat hampir 3000 netizen.

Tarian gelek itu dipersembahkan pada perasmian mesyuarat agung Wanita Umno Kota Bharu.

Empat wanita bertudung itu mempamerkan aksi gelek yang mengghairahkan di hadapan orang ramai termasuk pemimpin Umno pusat dan negeri.

Bagaimanapun aksi lincah empat anggota Wanita Umno itu tidak digemari netizen.

Melati putih menyifatkannya sebagai “maruah letak kat tapak kaki” manakala Azah Bakar menulis, “patut pun jemput sajalah penari kebudayaan… ada adat seni tarian… yg ni apa nak ditonjolkan… Umno kan parti Melayu”.

Pocoyo sesat menambah, “ha,ha,hah melayu mudah lupa… bangga sangat dgn body yg x sbrapa tu… x malukah… or mungkin dorang ni janda kot?”

Ulat comel memberikan komen, “AstaqfiruAllahalazim!… dah x de cara lain ke selain tarian gelek…” manakala famaridmid pula berkata, “Kalo umno je bodoh… kalo bodoh je umno…”

TAGS