Tembakan di Jordan: 20 rakyat Malaysia selamat

Tembakan di Jordan: 20 rakyat Malaysia selamat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sekumpulan 20 pelancong Malaysia yang berada di Karak Castle, lokasi kejadian tembak menembak antara pasukan keselamatan Jordan dan sekumpulan lelaki bersenjata di bandar Karak, Jordan, petang semalam, disahkan selamat.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun, dua rakyat Malaysia daripada kumpulan itu yang tercedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan dilaporkan selamat.

Kesemua 20 pelancong itu diselamatkan oleh pasukan keselamatan Jordan dan sedang diberi perlindungan serta bantuan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

Kenyataan itu menyebut bahawa kedutaan besar Malaysia di Amman telah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan kesemua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Kedutaan juga mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama pelajar di Universiti Mu’tah berhampiran bandar Karak supaya mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan kedutaan Malaysia sendiri, menurut kenyataan itu.

Satu serangan ke atas Karak Castle, di Bandar Karak, Jordan telah dilaporkan pada petang Ahad, 18 Disember 2016. Bandar Karak terletak 132km ke selatan ibu kota Amman.

Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa kecederaan telah dilaporkan termasuk kematian seorang pelancong dari Kanada dan beberapa orang anggota polis Jordan.

Sekumpulan 20 pelancong dari Malaysia yang turut berada di tempat kejadian di Karak Castle telah berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan Jordan dan kini sedang diberi perlindungan dan bantuan oleh pihak berkuasa Jordan.

Seramai dua orang warganegara Malaysia daripada kumpulan tersebut yang tercedera telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan dilaporkan selamat. Kedutaan Besar Malaysia di Amman telah berhubung dengan pihak berkuasa Jordan yang mengesahkan kesemua pelancong Malaysia berada dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.

Kedutaan juga telah mengeluarkan peringatan kepada semua rakyat Malaysia terutama para pelajar di Universiti Mu’tah berhampiran Bandar Karak untuk mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan oleh Kedutaan sendiri. Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

TAGS