Tunku Abdul Jalil mangkat, upacara persemadian selepas solat zohor

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah yang memaklumkan  berita sedih kemangkatan Tengku Jalil di Instagramnya. .Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dilaporkan mangkat sekitar jam 7.00 malam ini.

Berita sedih itu dikongsi  Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah,” tulisnya yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Daripada sumber  dalaman polis,  diperoleh Malaysia Dateline, mengesahkan   kemangkatan Tunku Jalil.  

Jenazah Almarhum akan di bawa balik ke Istana Besar  dan akan disemadikan di Makam Diraja, Jalan Mahmodiah esok selepas solat zohor.

Sumber  turut menyebut pembesar negara dan negeri serta kerabat raja akan hadir untuk penghormatan terakhir awal pagi esok.

Dijangka Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar akan turut hadir  dalam upacara pemakaman Allahyarham Tunku Jalil.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Johor berhubung kemangkatan Tunku Abdul Jalil.

Sementara itu, Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman pula memuatnaik gambarnya bersama Almarhum dengan kapsyen, ‘al-Fatihah’.

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.

 

TAGS