Tengku Razaleigh gesa kerajaan bantu pelajar luar negara, nilai ringgit lebih buruk tahun depan

Tengku Razaleigh gesa kerajaan bantu pelajar luar negara, nilai ringgit lebih buruk tahun depan

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mahu kerajaan mengambil usaha menyelesaikan masalah pelajar Malaysia di luar negara yang turut terjejas kesan daripada kejatuhan nilai ringgit yang dijangka akan lebih buruk berbanding kegawatan ekonomi pada penghujung 1997 lalu.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mahu kerajaan mengambil daya usaha membantu menyelesaikan masalah pelajar Malaysia di luar negara yang turut terjejas kesan daripada kejatuhan nilai ringgit yang dijangka akan lebih buruk berbanding kegawatan ekonomi pada penghujung 1997 lalu.

“Kegawatan ekonomi yang besar dalam tahun 1997 hingga 1998 menyebabkan negara juga menghadapi krisis kewangan apabila ekonomi negara jatuh merundum dan tidak dapat mengimbangkan kedudukan ringit Malaysia ketika itu.

“Kesannya terpaksa dirasai di kalangan rakyat yang tinggal di seberang laut seperti pelajar luar negara dan syarikat-syarikat pelaburan di luar negara juga lingkup.

“Hari ini keadaan hampir serupa tapi kali ini, kita dan dunia juga berkemungkinan akan menghadapi masalah kegawatan ekonomi agak lebih lama sedikit hingga tahun depan.

“ Jika kerajaan tidak pantas membaiki dan bertindak segera menyelesaikan masalah dibangkitkan rakyat makin ramai yang akan terbeban,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media diadakan selepas Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir anjuran Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) petang tadi di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Bahru.

Tengku Razaleigh juga berkata, kerajaan dan semua pihak membabitkan badan dan agensi kerajaan perlu berganding bahu membantu pelajar-pelajar luar negara yang kini merasai kegawatan ekonomi kerana kejatuhan nilai ringgit.

“Saya rasa kita kena tolong pelajar kita di Mesir dengan segera kerana mereka ini ada ‘idah’nya kena ikut jadual dan peperiksaan yang bakal diselesaikan.

” Kerajaan mesti ambil daya utama menghadapi masalah ini. Peluang pelajaran adalah prioriti kepada perhatian rakyat Malaysia. Sekiranya kerajaan memikirkan perlu diberi keutamaan, jadi saya rasa apa juga peruntukan kewangan yang ada kini perlu di potong untuk disalurkan kepada bidang pelajaran.

“ Jika mereka hilang peluang untuk ambil peperiksaan pada tahun berkenaan mungkin mereka akan dibuang daripada tempat mereka, jadi sia-sia sahaja kerana belajar separuh jalan,” ujarnya.

Malah beliau berkata, kewajaran rakyat Malaysia menghulurkan bantuan menerusi tabung yang baru dilancarkan oleh Perkasa hari ini.

“Saya percaya ramai bertanya kenapa Perkasa tumpu hanya pelajar di Mesir tidak di negara lain? Kita mulakan dulu di Mesir jika tidak menerusi Perkasa dan mungkin ada badan-badan lain yang turut berbuat sama seperti Perkasa lakukan,” ujarnya.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, lebih kurang 15,000 pelajar Malaysia terpaksa meneruskan pengajian dengan mencatu makanan kerana tidak mempunyai wang.

“Mereka ini kebanyakannya pelajar jurusan perubatan dan pergigian yang datang ke Mesir dengan pembiayaan sendiri setelah dijanjikan oleh pelbagai pihak akan menawarkan bantuan setelah selesai pengajian tahun pertama.

“Malangnya, janji hanya tinggal janji sehingga akhirnya, mereka terpaksa mengikat perut untuk hidup dengan perbelanjaan bulanan yang dikirim oleh ibu bapa masing-masing,” ujarnya dalam sidang media sama diadakan.

Juteru katanya, beliau pernah berjumpa MARA dan ajukan permasalah pelajar untuk diberikan pinjaman tetapi katanya, MARA memberikan alasan tiada peruntukan dana untuk membiayai pengajian pelajar terbabit.

“Semua pinjaman telah dibekukan terus sejak tiga tahun lalu dan bagi pelajar yang telah berada di sana, saya nampak di sini wujudnya ketidakadilan,” ujarnya.

“ Kita akan terus mendesak kerajaan supaya membuka kembali kemudahan pinjaman yang dibekukan itu untuk kemudahan pelajar.

“Kita dah bincang perkara ini dengan beberapa pihak termasuk peguam dan keputusan yang kami ambil adalah meminta kerajaan meneliti semula kedudukan pelajar ini,” katanya.

Perkasa telah menubuhkan Tabung Bantuan Pelajar Mesir bagi membantu pelajar Melayu yang menghadapi masalah kewangan untuk menyambung pengajian mereka.

TAGS