Terengganu meterai perjanjian bekalan air bersih ke Kelantan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kerajaan Terengganu bersetuju mengadakan perjanjian kerjasama dengan kerajaan Kelantan dalam bidang perbekalan air bersih bagi kawasan Tok Bali dan Pasir Puteh.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata persetujuan itu dicapai berikutan hasil pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kita bersetuju memeteraikan perjanjian itu esok (Isnin) di Tok Bali.

“Kedua-dua Menteri Besar Terengganu dan Kelantan (Datuk Ahmad Yakob) akan menyaksikan (upacara menandatangani) perjanjian antara Syarikat Air Terengganu Berhad (Satu) dengan Syarikat Air Kelantan itu esok,” katanya ketika ditemui pemberita Kuala Nerus hari ini.

Ahmad Razif berkata kerajaan Terengganu tidak ada masalah mengenai perkara perjanjian bekalan air itu.

TAGS