Terengganu perkenal Rock Melon, Madu Kelulut di MAHA 2016

Terengganu perkenal Rock Melon, Madu Kelulut di MAHA 2016

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Terengganu akan memperkenal buah melon manis atau ‘rock melon’ serta madu kelulut pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata rock melon itu terdiri daripada 32 jenis.

Beliau berkata ruang pameran Rumah Terengganu akan dibina bagi mempamerkan segala hasil produk daripada Terengganu.

MAHA 2016 akan berlangsung dari 24 Nov hingga 5 Dis ini di Serdang, Selangor.

Muhammad Pehimi berkata rock melon ditanam secara besar-besaran di Tok Dor, Besut serta di Setiu, Marang dan Hulu Terengganu.

TAGS