Terima kasih ARiF yang bantu himpunan Mansuh GST

Terima kasih ARiF yang bantu himpunan Mansuh GST

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kelancaran perarakan peserta himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam diakui banyak dibantu oleh kawalan keselamatan termasuk dari sayap ARiF yang bernaung di bawah Amanah.

Ketua Komunikasi ARiF Malaysia, Muhamad Nur Ismail berkata, seramai 300 anggota berkenaan bertindak mengawal keselamatan pimpinan dan peserta demonstrasi.

“Terima kasih untuk semua ahli ARiF yang datang dari seluruh negara kerana bekerja keras memastikan program kita semalam berjalan aman tanpa sebarang provokasi serius daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Walaupun cuaca amat panas dengan suhu mencecah 37 Darjah Celcius tetapi ARiF banyak membantu pihak berkuasa.

“Kesungguhan ARiF juga membantu polis dan DBKL memastikan lalu lintas dan trafik terkawal bagi keselesaan demonstran juga pengguna jalan raya,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Selain aspek keselamatan, jelasnya, ARiF turut terlibat dalam memastikan lokasi pergerakan perserta dan tempat berhimpun di Dataran Merdeka bersih daripada taburan sampah.

“Apapun, ARiF Malaysia sokong mansuh GST dan Najib undur,” tambah Nur lagi.

Dalam himpunan yang merupakan susulan daripada Deklarasi dan Kongres Rakyat pada bulan lalu itu, anggota ARiF dilihat mengetuai perarakan dari Masjid Jamek Kampung Baru ke Sogo sebelum bergabung dengan peserta lain termasuk penyokong PKR dan DAP menuju ke Dataran Merdeka.

Mereka bersama-sama menahan kepanasan akibat fenomena El Nino dalam menyelengara perhimpunan itu.

TAGS