Terima kasih Pas, kata pemimpin Umno kerana tidak tentang Bajet 2018

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sebelum ini,Asyraf bersama pemimpin Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairudin dalam bahas Bajet di TV1.

Pemimpin Umno mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana tidak membantah Bajet 2018 yang diundi semalam apabila mengambil pendirian berkecuali.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ashraf Wajdi Dasuki berkata, “Terima kasih Pas,” dalam satu posting di Facebook beliau.

11 Ahli Parlimen Pas daripada 222 anggota Parlimen berkecuali dengan enggan mengundi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 yang dibahaskan sejak 30 Oktober lalu.

Mereka adalah Bukit Gantang, Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok, Kubang Kerian, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa, Rantau Panjang, Temerloh, Kuala Nerus dan Hulu Langat.

Dua lagi Ahli Parlimen Pas iaitu Marang dan Dungun difahamkan tiada dalam Parlimen.

Dalam masa pengundian itu, 59 ahli parlimen pembangkang termasuk Pokok Sena (Pas) menolak bajet itu manakala 107 anggota dari BN menyokong.

8.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 8.5
CATEGORIES
TAGS