Teringin ikan bakar, Pak Lang Ikan Bakar Kg Baru boleh

Teringin ikan bakar, Pak Lang Ikan Bakar Kg Baru boleh

Daripada masakan ala barat, Thai, Indonesia mahupun Arab, Kampung Baru memang lokasi yang tepat untuk masyarakat kota menjamu selera. Sudah pasti tidak ketinggalan masakan ala kampung.

Pak Lang buskerBagi mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sini, sudah pasti ada masanya merindui masakan ala kampung.

Sambal belacan, budu, tempoyak, cencaluk lawannya ulam-ulaman disertakan dengan ikan bakar yang panas-panas dari dapur.

Jika ini yang anda idamkan, Gerai Pak lang Ikan Bakar memang pilihan yang tepat untuk anda kunjungi tidak kira pada hari bekerja atau pada hujung minggu.

Terkenal dengan masakan ala kampung untuk makan tengah hari hingga petang, Pak Lang Ikan Bakar sentiasa penuh dengan pelanggan.

Pelbagai jenis ikan dibakar di sini antaranya pari, kembung, keli, bawal dan lain-lain lagi.

Selain terkenal dengan ikan bakar, Gerai Pak Lang Ikan Bakar menyediakan kira-kira 50 jenis lauk untuk dipilih.

Masakan utara, selatan, pantai timur semuanya ada di sini.

Masak lemak daging salai, asam pedas pari, gulai lemak pucuk ubi, masak singgang, sambal ayam, paru goreng, sambal udang, sudah tersedia.

Pucuk ubi, kacang botol, bendi, daun mengkudu, petai, jantung pisang tidak ditinggalkan sebagai pembuka selera.

Jika ke Kampung Baru, singgahlah ke Gerai Pak Lang Ikan Bakar, pasti hilang rindu terhadap masakan kampung yang terletak berhampiran pintu gerbang Kampung Baru.

Sambil makan, pelanggan juga dihiburkan dengan lagu diiringi petikan ikan oleh busker yang membuat persembahan secara tetap di situ.

Kedai Pak Lang di Kg Baru menjadi tarikan ramai.

Puluhan lauk pauk berbaris di gerai Pak Lang Kg Baru.

TAGS