Terserah pada PPBM buat pilihan,kata Takiyuddin

Terserah pada PPBM buat pilihan,kata Takiyuddin

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas tidak boleh mempertikaikan komitmen Bersatu untuk menyertai Pakatan Harapan yang dijangka berlangsung pada 13 Disember ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, namun sekiranya itu berlaku, berkemungkinan besar Pas mungkin turut akan tidak menjalin hubungan politik dengan Bersatu, selepas Amanah dan DAP.

“Pimpinan kita dan Bersatu ada berjumpa dan kita beri pandangan, kita boleh bersama dengan mereka atau mereka boleh bersama dengan kita dengan syarat mereka mematuhi syarat kita, yang antaranya kita tiada hubungan langsung dengan dua parti politik iaitu Amanah dan DAP.

“Kalau mereka berhasrat dengan kita dalam satu gagasan politik mereka seharusnya tiada hubungan dengan pihak-pihak lainlah itu secara jelas.

“Kalau Bersatu memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka, kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi bermakna persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud itu setakat inilah… tapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku pada 13 Disember ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Anti Rasuah Antarabangsa di Hotel Premeira hari ini seperti dipetik Sinarharian.

Mengulas lanjut Takiyuddin bagaimanapun berkata, Pas akan memperincikan perkara ini dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu dalam isu ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 13 Disember ini.

“Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14,” kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.

TAGS