Tiada bayaran 10 kali ganda kepada Splash, kata MB

Tiada bayaran 10 kali ganda kepada Splash, kata MB

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pentadbiran negeri tidak membuat lebihan pembayaran 10 kali ganda kepada pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Seri Azmin Ali ketika sidang medianya petang tadi.Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan pentadbiran negeri tidak membuat lebihan pembayaran 10 kali ganda kepada pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

 Mohamed Azmin berkata, dakwaan bersifat jahat dilemparkan individu tidak bertangungjawab itu mahu memburuk-burukkan pentadbiran negeri di bawah kepimpinan beliau.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak membuat tohmahan seolah-olah kita membayar 10 kali ganda daripada nilai tawaran yang pernah dibuat itu.

“Ini satu tuduhan yang tidak bertangunggjawab dan saya gembira apabila Menteri sendiri telah mengesahkan di Parlimen bahawa perbincangan berhubung rundingan tersebut masih berjalan.

“Kita menyambut baik inisiatif Kerajaan Persekutuan melantik penilai bebas yang mana Kerajaan Negeri telah membuat lantikan itu sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas hadir menyerahkan bantuan sumbangan baik pulih masjid dan surau negeri di Masjid Kampung Haji Razali, Tanjung Karang petang ini.

Terdahulu, tawaran asal ekuiti pembayaran Splash didakwa bernilai RM250.6 juta, bagaimanapun wujudnya tohmahan daripada pentadbiran terdahulu kononnya Kerajaan Negeri kini membuat pembayaran ekuiti 10 kali ganda kepada Splash sebanyak RM2.7 bilion.

Bagaimanapun Mohamed Azmin berkata, lantikan panel penilaian bebas antarabangsa dibuat pentadbiran negeri dan Persekutuan akan menentukan kadar pembayaran yang dibuat Kerajaan Negeri bagi pengambilalihan saham Spash.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan dalam sepucuk surat bertarikh 7 Oktober lalu turut meminta supaya rundingan pengambilalihan itu dilanjutkan enam bulan lagi.

Untuk tempoh ini, tiada sebarang ketetapan kadar dibuat sehingga penentuan kadar pembayaran sebenar dimaklumkan panel penilai seperti dilaporkan Selangorkini.

TAGS