Tiada birokrasi terhadap pimpinan Amanah dalam kerajaan Selangor

Tiada birokrasi terhadap pimpinan Amanah dalam kerajaan Selangor

Perwakilan Selangor Jamzuri Ardani mendesak kerajaan negeri Selangor mengiktiraf kedudukan Amanah dalam barisan Pakatan Harapan di negeri itu tanpa birokrasi.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

 

Perwakilan Selangor Jamzuri Ardani mendesak kerajaan negeri Selangor mengiktiraf kedudukan Amanah dalam barisan Pakatan Harapan di negeri itu tanpa birokrasi.

“Kita nak bagi tahu Amanah tidak lapar dengan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan negeri.

“Apa yang kami mahu, kami diraikan sebagai parti komponen di Selangor tanpa kekangan birokrasi kerajaan negeri selangor.

“Hari ini Amanah diperingkat akar umbi merasakan jawatan imam, nazir, jawatankuasa, dimonopoli ahli Pas, padahal Amanah sebahagian daripada parti gabungan dalam kerajaan Selangor.

“Ada dikalangan ahli majlis melarang dewan orang ramai digunakan Amanah

“Unsur duri dalam daging kerajaan Selangor perlu dibuang,” ujar Pengarah Komunikasi Selangor ini.

Amanah Selangor ujarnya lagi, menyokong pidato Presiden semalam justeru beliau mencadangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang Amanah Nasional perlu mengambil kebertanggungjawab dalam memampankan Amanah.

Beliau menyenaraikan lima tindakan yang perlu dilaksanakan Amanah untuk memastikan menang dalam pilihan raya diadakan kelak.

Pertama Amanah Selangor mencadangkan agar pimpinan tertinggi menyediakan data dan unjuran jangka pendek merangka strategi dalam mendepani pilihan raya akan datang.

“Kita tuntut kepertanggungjwab keputusan PRU 14 dibuat secara bijak dan berhemah jangan silap dan cuai. Pihak yang paling banyak buat silap akan kalah.

Kedua mesej politik yang mana ujarnya, kepada pengundi masih lagi kabur.

“Sepatutnya sudah diformulasikan secara tuntas.Jika jentera parti yang kuat tetapi mesej lemah tidak yakinkan pengundi.

“Saya yakin parti kita cukup kepakaran untuk membangunkan politikal mesej yang berkesan perlu penglibatan yang jelas pucuk pimpinan.

 Ketiga kukuhkan organisasi jentera pilihan raya.

“Pimpinan parti perlu turun memastikan jentera plihan raya terlatih laksana kerjasama pilihan raya,” ujarnya.

Keempat perhebat gerak kerja yang mana beliau mahu Amanah Nasional mengumumkan kerusi-kerusi yang akan dipertandingan.

“Kalau ada pengumuan awal banyak membantu gerak kerja parti Amanah.

“Kita parti baru sumber terhad kita tidak mampu pecut di saat akhir. Kita perlu kerja lebih efektif, kerja dari awal dan fokus. Pendaftaran pemilih baru perlu digiatkan secara serius.

Kelima kuatkan dan teguhkan Pakatan Harapan yang mana mencadangkan Amanah Nasional membuat keputusan yang jelas sebagai rakan gabungan.

“Buatlah keputusan yang jelas jangan buang masa politik yang membosankan ‘ding dong sana, ding dong sini’. Jika mahu satu logo, satu kerusi dan satu manifesto muktamadkan segera.

“Pengerusi Road Map ke Putrajaya Datuk Husam Musa agar tidak mengulangi kesilapan lampau ding dong ding dong baru nak buat keputusan,” ujarnya.

Beliau mengakhiri perbahasannya dengan serangkap pantun.

Disebelah sana politik dedak
Disebelah sini ding dong
Akhirnya rakyat muak
Politik kong kalikong

TAGS