Tiada bukti wujud khidmat seks di Selangor seperti tuduhan Rafizi

Tiada bukti wujud khidmat seks di Selangor seperti tuduhan Rafizi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada bukti wujudnya perkhidmatan seks yang melibatkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

“Ada pernah dakwaan dibuat, bukan oleh kerajaan, tapi dari pihak sana, beritahu tentang perkhidmatan seks. Itu disiasat.

“Bila disiasat, bukti (mengenainya) kita dapati tidak wujud,” kata Razali ketika menggulung perbahasan Bajet 2017, dengan tumpuan kepada SPRM dan Felda seperti dilapor Malaysiakini.

Ini merujuk kepada aduan kepada SPRM oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan) mengenai dakwaan terdapat permintaan untuk wanita dan wang dari pihak-pihak tertentu dalam urusan yang melibatkan kerajaan Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata tuduhan itu adalah sebahagian daripada kempen untuk memburuk-burukkan kerajaannya.

Razali menyentuh tentang dakwaan tersebut ketika menjawab soalan mengenai siasatan SPRM terhadap 1MDB di Parlimen malam tadi.

TAGS