Tian Chua, Elizabeth turut sertai promosi Bersih 5 di Kota Bharu

Tian Chua, Elizabeth turut sertai promosi Bersih 5 di Kota Bharu

Promosi Bersih 5 di Kota Bharu petang semalam dikejutkan dengan kehadiran Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Promosi Bersih 5 di Kota Bharu petang semalam dikejutkan dengan kehadiran naib presiden PKR, Tian Chua dan Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.

Sekumpulan terdiri pemuda dan wanita yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berada di Medan Selera Jalan Kebun Sultan untuk mempromosi Bersih 5 bermula jam 5 petang.

Aktiviti yang dirancang adalah mengadakan flash mob dan jualan baju Bersih 5.

Flash mob bagaimanapun dibatalkan kerana hujan, diganti dengan program penerangan dan ramah mesra di medan selera.

Kehadiran secara tiba-tiba dua orang pimpinan PKR menjadikan suasana riuh rendah apabila orang ramai yang sedang menjamu selera bangun beramai-ramai untuk bersalaman dengan mereka.

“Kita berterima kasih kepada pengurusan medan selera ini yang memberi kerjasama penuh kepada program promosi ini,” kata Wan Rahim.

Masyarakat Cina mahu Amanah menang

Datuk Wan Abdul Rahim bersama pemimpin masyarakat Cina di kota Bharu

Sementara itu Wan Rahim berkata masyarakat Cina mahu Dun Kota Lama yang kini diwakili Datuk Anuar Tan ditukar untuk diwakili Parti Amanah Negara (Amanah) dalam PRU akan datang.

Menurutnya hampir semua pemimpin masyarakat Cina semua peringkat yakin peluang Amanah memenangi Dun Kota Lama amat cerah.

“Sikap Anuar Tan yang tidak bersama mereka dalam menghadapi suasana semasa menjadikan mereka amat kecewa,” katanya ketika ditemui di program tersebut.

Berdasarkan rekod, Anuar Tan merupakan wakil rakyat Pas yang pertama memenangi kawasan berkenaan yang dulu dikenali kawasan Sungai Keladi.

“Nampaknya dengan perkembangan terkini, Anuar akan menjadi wakil rakyat Pas yang pertama dan terakhir di Dun ini,”katanya.

TAGS