Tidak profesional permainkan logo parti lawan

Tidak profesional permainkan logo parti lawan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Menghina dan mempermainkan logo parti lawan adalah sangat tidak profesional, tegas Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus.

Beliau mengulas gambar alas kaki menyerupai logo Pas yang viral di media sosial sejak semalam.

“Saya sangat dukacita sekiranya ia dikilangkan dengan tujuan untuk menghina mana-mana parti politik tanah air.

“Walaupun kami dari Parti Amanah Negara berbeza pandangan terhadap beberapa parti politik yang ada; kami mengutamakan kekuatan berhujah untuk menegakkan idea dan fikrah yang kami dukung,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Alas kaki menyerupai logo Pas didapati dijual di sebuah pasar raya di SabahSementara itu, beliau berkata, parti Amanah lebih sibuk dengan agenda menyelamatkan negara.

“Memastikan tadbir urus negara yang adil, bebas, menguntungkan rakyat, jauh dari rasuah, penipuan, pecah amanah, ketirisan dan pembaziran.

“Umno-BN dan sekutu baharunya perlu diturunkan dan dikalahkan melalui sistem demokrasi yang berjalan secara bersih,” jelasnya.

Hasanuddin juga berkata, parti Amanah Negara mahukan sebuah Malaysia yang diurus secara tatakelola yang baik di bawah naungan Maqasid Syariah.

TAGS