Tidak setuju pandangan Tun M, BR1M bukan rasuah, kata Wan Azizah

Tidak setuju pandangan Tun M, BR1M bukan rasuah, kata Wan Azizah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan satu bentuk rasuah.

Beliau mengulas kenyataan bekas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pad Ahad yang dipetik berkata, BR1M adalah rasuah yang diberikan kerajaan kepada rakyat.

Sebaliknya Dr Wan Azizah berkata ia adalah hak orang ramai untuk menerima bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Sebenarnya tidak. Apa sahaja yang diberikan daripada kerajaan, perlu diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah.

“Itu adalah hak mereka yang layak untuk mendapatkan borang bantuan kerajaan ini, saya fikir ia perlu diberikan.” ujarnya dalam sidang media hari ini seperti dilaporkan.

Dr Wan Azizah berkata, walaupun PKR tidak membantah pemberian tunai tahunan itu oleh Putrajaya, ia adalah berkenaan dengan kemampanan inisiatif.

“Kritikan kami adalah tidak semua orang mendapat BR1M, tetapi semua orang membayar GST,” katanya.

TAGS