Tiga kemungkinan tentukan nasib Mukhriz

Tiga kemungkinan tentukan nasib Mukhriz

Apakah kesudahan kemelut politik yang berlaku di Kedah? Menurut Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) UTM Kuala Lumpur, Dr Muhammad Fathi Yusof, nasib Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal ditentukan dengan tiga kemungkinan.

Apa tindakan Mukhris seterusnya kini mendapat perhatian.Apakah kesudahan kemelut politik yang berlaku di Kedah? Menurut Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembagaan) UTM Kuala Lumpur, Dr Muhammad Fathi Yusof, nasib Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal ditentukan dengan tiga kemungkinan.

Menurut beliau, isu membabitkan Mukhriz di Kedah tidak sama seperti apa yang dilalui bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Jelas Dr Fathi, Nizar menghantar surat meminta Sultan Perak membubar Dewan Undangan Negeri (Dun) namun Sultan tidak membubarkannya, sebaliknya baginda
menggunakan surat itu untuk menjadikan alasan bahawa Nizar mengaku dirinya hilang sokongan majoriti.

“Dan Sultan menamatkan kuasa Nizar sebagai Menteri Besar. Bila jawatan Menteri Besar Perak kosong, maka Sultan ada hak untuk memilih Menteri Besar
baru,” ujar beliau.

Berbeza dengan Mukhriz yang belum meletakkan jawatan dan kini masih sebagai Menteri Besar yang sah, kedudukan Mukhriz jelas Dr Fathy hanya bermasalah
jika berlaku salah satu daripada tiga kemungkinan.

“Jika dia menghantar surat untuk membubarkan Dun, Sultan ada hak untuk tidak membubarkan Dun tetapi menganggapnya sebagai pengakuan bahawa beliau sudah hilang sokongan, dan Sultan melantik Menteri Besar baru.

“Jika berlaku sidang Dun dan diadakan undi tidak percaya. Walau pun kaedah undi tidak percaya tidak ada dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah atau
mana-mana perlembagaan di Malaysia, kaedah ini merupakan cara yang sangat jelas untuk menunjukkan seseorang itu hilang kelayakan untuk terus memegang
jawatan Menteri Besar. Ini adalah amalan yang berlaku dalam sistem Wesminster yang menjadi panduan sistem politik di Malaysia.

“Jika semua Exco meletakkan jawatan dan Mukhriz gagal melantik penggantinya, maka ia juga merupakan bukti jelas bahawa Mukhriz hilang sokongan untuk
memerintah. Cuma, jika ia berlaku, adakah mungkin Mukhriz melompat parti dan melantik Adun PAS sebagai Exco?” hurai beliau.

Tambah Dr Fathi, jika berlaku salah satu dari tiga kemungkinan di atas, kedudukan Mukhriz di persada politik Kedah akan berakhir dengan cara yang menyedihkan walaupun beliau seorang yang mempunyai reputasi tinggi di saat memulakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau bagaimanapun berharap polemik politik itu tidak berpanjangan dan tidak mengheret rakyat ke lembah permusuhan.

“Moga kemelut politik Kedah segera reda dan selesai dengan cara yang terbaik demi untuk kebaikan dan kebajikan rakyat seluruhnya,” tambahnya.

TAGS