Tiga Pengarang TMI dipanggil polis beri keterangan

Tiga Pengarang TMI dipanggil polis beri keterangan

Polis hari ini memanggil dan menyiasat tiga Pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI), berhubung laporan portal itu yang mengelirukan orang ramai berkenaan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Polis hari ini memanggil dan menyiasat tiga Pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI), berhubung laporan portal itu yang mengelirukan orang ramai berkenaan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM)di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang ini.

Pengarang dan Ketua Pegawai Eksekutif portal berita itu, Jahabar Sadiq, Pengarang Urusan Lionel Morais dan Penolong Pengarang Berita V Anbalagan mula-mula dipanggil masuk ke dalam ibu pejabat polis itu kira-kira jam 3.15 petang.

Mereka diiringi peguam The Edge Media Group, dan peguam hak sivil Syahredzan Johan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman twitter rasminya berkata beliau mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk melakukan siasatan berkenaan.

“PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat laporan yang mengelirukan orang ramai berkenaan Panel MACC,” katanya.

Semalam, Malaysian Insider dalam satu artikel menyebut seorang daripada ahli PPO telah meminta SPRM mengemukakan semula kertas siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd kepada peguam negara kerana kononnya terdapat cukup bukti untuk melakukan pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Susulan laporan mengelirukan itu, laman web portal itu telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana kandungannya yang didakwa mengancam keselamatan negara mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini dilaporkan berkata tindakan menyekat laman The Malaysian Insider semalam dibuat selepas siasatan mendapati kandungan artikel yang diterbitkan portal itu dikhuatiri boleh mengelirukan rakyat.

TAGS