Tiga penjuru di Kelantan dan seluruh negara, kata Pemuda Pas

Tiga penjuru di Kelantan dan seluruh negara, kata Pemuda Pas

Pertandingan tiga penjuru mungkin tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian mahu bertanding di Kelantan, kata Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Saari.

Beliau dipetik berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.

“Kita tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira ia ditandingi oleh DAP atau PKR!

“Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk bertanding di mana sahaja Pas bertanding.

Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.

Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.

TAGS