Tipu pakej umrah: Pegawai kanan pendidikan dipanggil bantu siasatan

Tipu pakej umrah: Pegawai kanan pendidikan dipanggil bantu siasatan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seorang pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pakej penipuan pakej umrah yang melibatkan guru.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata selain itu beberapa ketua sektor dan pegawai JPNT juga akan turut dipanggil dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.

Katanya siasatan itu juga menjurus berhubung surat tawaran yang dikeluarkan oleh JPNT tersebut dan setakat ini pihaknya telah merakamkan percakapan 28 mangsa.

“Beberapa individu lagi akan dipanggil bagi merekodkan percakapan selain Pengarah JPNT sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya berhubung kes ini,” katanya ketika ditemui di Kualan Terengganu, semalam.

Terdahulu beliau memaklumkan pihak polis berjaya mengesan penipuan yang dijalankan sebuah yayasan di negeri itu melibatkan kerugian kira-kira RM14.2 juta dan membabitkan 4,800 mangsa.

Isnin lalu seorang pengarah dan seorang akauntan yayasan itu direman selama empat hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Rosli turut menyarankan mangsa yang terlibat untuk membuat laporan polis. Sehingga kini 48 laporan telah diterima oleh pihaknya.

TAGS