TN50 tidak tercapai jika tiada transformasi pentadbiran

TN50 tidak tercapai jika tiada transformasi pentadbiran

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai hala tuju negara 30 tahun mendatang hanyalah gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-14, kata timbalan ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil .

Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai hala tuju negara 30 tahun mendatang hanyalah gimik politik menjelang pilihan raya umum ke-14, kata timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil .

Beliau berkata, setelah hampir 60 tahun negara merdeka, seharusnya Malaysia berdiri sama tinggi dengan Singapura, namun halatuju-halatuju negara yang digagaskan sebelum ini seperti DEB dan Wawasan 2020 didakwa gagal kerana dasar dan polisi yang dirangka dicemari dengan korupsi dan penyelewengan.

Katanya, TN50 juga akan menemui kegagalan jika intipati utama sesuatu kejayaan iaitu integriti tidak dijadikan asas reformasi dan transformasi sepertimana ungkapan R. Buckminster Fuller.

“TN50 tidak akan tercapai jika sistem dan pentadbiran negara hari ini tidak mengalami proses transformasi dan pemulihan secara total dan jujur.

“‘Institutional Reform’ yang melibatkan insititusi undang-undang, Parlimen dan GLC adalah langkah awal ke arah transformasi negara,” ujarnya.

Justeru beliau berpandangan gagasan Selamatkan Malaysia (SM17) melalui pembentukan kerajaan baru adalah gagasan yang paling relevan dan paling utama untuk diperjuangkan oleh rakyat terutama generasi muda dengan menjadikan prinsip integriti sebagai teras transformasi.

“Pru ke-14 adalah medan paling berkesan untuk Selamatkan Malaysia agar transformasi yang menitikberatkan 3 ‘pillars’ utama iaitu mementingkan kebajikan rakyat, memperkasakan keadilan dan kebebasan serta memupuk nilai murni dan kebaikan dapat dilaksanakan.

“Pembinaan negara Malaysia tercinta ini yang maju dan makmur hendaklah diperjuang dan digalas bersama dan dikongsi serta dinikmati bersama oleh setiap rakyat melangkaui sempadan bangsa dan agama, ideologi politik, jantina dan latar belakang pendidikan.” ujarnya.

Faiz berkata pentadbiran negara bukan sahaja dijerut dengan pelbagai skandal korupsi dan penyelewengan seperti 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji, tetapi kedaulatan negara juga berada dalam keadaan tidak menentu dan ‘jeorpardy’ apabila hutang negara sudah mencecah RM800 bilion.

“Negara kini terpaksa pula berhutang dengan negara China yang sudah terbukti cuba melebarkan kekuasaannya melalui konsep ‘one belt one road’. Sepertimana ungkapan Presiden kedua Amerika Syarikat John Adams bahawa penjajahan boleh berlaku melalui dua cara, iaitu pedang dan hutang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, jurang ekonomi rakyat yang semakin melebar dengan beban hutang isi rumah yang tinggi serta kehidupan rakyat yang semakin susah akibat bebanan cukai GST serta kenaikan kos sara hidup ujarnya lagi boleh membawa negara ke arah negara gagal (failed state).

“Keadaan negara hari ini memerlukan ‘antidote’ dan bukannya ‘pain killer’.

“Generasi muda paling terkesan dan bagaimana generasi muda akan menikmati transformasi yang diwarwarkan jika mereka mewarisi hutang, korupsi dan kehancuran sebuah negara yang merdeka,” ujarnya.

Sebagai rekod TN50, adalah satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050. Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun, yang akan dibangunkan melalui proses perundingan dalam fasa persediaan dari tahun 2017 hingga 2019.

Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.

 

TAGS